- Bayi yang baru lahir berbeza bayi yang anda lihat di dalam majalah.
- Tiada jawapan yang tepat untuk sebarang persoalan.
- Ramai akan memberi pendapat, tetapi tidak semestinya untuk meyakinkan anda.
- Adakalanya untuk mewujudkan sifat keibuan itu terlalu mencabar.
- Perkataan 'sepatutnya' merupakan perkataan mempertikaikan kebenaran.
- Perhatikan bayi yang lain, agar anda lebih memahami keadaan yang normal.
- Adakalanya, apa yang tercatat dalam buku merupakan perkara yang salah.
- Percaya dan ikuti naluri anda.
- Dengar bayi anda. Hormati dia dan kehendaknya. Bayi anda akan memberitahu anda apa yang diperlukannya.
- Carilah seseorang yang akan mendengar luahan perasaan anda.
- Agak mustahil mencapai kesempurnaan dalam menggalas peranan seorang ibu.
- Masa akan mengubah segala-galanya. Malah soalan dan jawapannya juga akan berbeza.
- Pilihlah perjuangan anda.
- Beri respons kepada soalan dengan bertanyan kembali 'Mengapa anda bertanya sedemikian ?'
- Jangan membeli barangan bayi sehingga anda benar-benar memerlukannya. Jangan terpengaruh dengan alat-alat/kelengkapan yang terbaru.
- Selalunya seorang bayi memerlukan 3 orang dewasa pada minggu pertama selepas dilahirkan. Jika anda keseorangan, jangan risau ! Anda boleh menguruskannya.
- Jika ada orang menghulurkan bantuan, terima dengan tangan terbuka.
- Sertai aktiviti berkumpulan. Anda memerlukannya lebih dari bayi anda.
- Selepas beberapa minggu jika keadaan mengizinkan, keluar bersiar-siar. Tangisan bayi anda pasti tidak akan mengganggu orang lain seperti anda jangkakan.
- Malah tempat yang biasa pun boleh menyeronokkan.
- Luangkan sedikit masa untuk diri anda dengan berehat sebentar.
- Anda mungkin akan berasa terganggu pada minggu pertama selepas kelahiran. Ini merupakan perkara biasa.
- Anda hanya mampu melakukan mengikut kemampuan diri anda.
- Jangan terlalu terikat dengan impian/harapan yang anda ingin capai. Akui/terima apa yang berlaku seadanya.
Sumber : Hebatnya Susu Ibu-Rita Rahayu
Thanks sharing :)
ReplyDeleteMy pleasure.. ;)
Delete