Saturday 22 November 2014

Tanda-tanda anda kekurangan protien

Korang alert ye..sekiranya badan korang ada perubahan seperti berikut. 

Tanda-tanda anda kekurangan protien :

  1. Insomnia
  2. Sentiasa Sakit kepala
  3. Kulit Wajam Kusam
  4. Wajah penuh dengan parut-parut dan berwarna hitam
  5. Bekas gigitan nyamuk yang lambat sembuh dan akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
  6. Mabuk
  7. Penurunan berat badan 
  8. Rambut sering gugur
  9. Lemah dan tidak bertenaga
  10. Moody
  11. Otot selalu cramp @ sakit
  12. Line yang dalam dan tebal pada kuku
    sumber : google

Berikut antara risiko kekurangan protein secara umumnya :



1.            Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2.             Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.             Liver (penyakit hati)
4.             High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.             Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6.             Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7.             Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8.             Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9.             Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10.          Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11.          Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12.          Irritability (Badan menggeletar)
13.          Fatigue (Letih lesu)
14.          Weakness (Lemah)
15.          Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16.          Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.          Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Sumber :
  1. http://www.med-health.net/Protein-Deficiency-Diseases.html
  2. http://www.amazine.co/17434/gejala-kekurangan-protein-5-tips-mengenali-defisiensi-protein/ 
Cadangan untuk mengatasi kekurangan protien Esp Shaklee..Amik Esp Shaklee sebelum terlambat..jangan jadi macam Kak Mah tau..hihi..






Untuk keterangan lanjut hubungi saya :
FB : Nur Azlinawani Salahudin
SID : 906217
0126448381
wani.salahudin @ yahoo.com

Friday 21 November 2014

#Throwback : Aquaria KLCC



Nie citer lamer..tp nk citer gak..hoho..kitorg g Aquaria nie 7hb Oct 2014 selepas raya haji...x plan pun...sepatutnyer kitorg bwk anak2 g Zoo Melaka since kitorg sambut raya haji kt Melaka..tetapi atas sebab yg tidak dpt di elakkan..jadi la sesi lawatan ke Aquaria KLCC..
Nie 2nd time untuk Hadif...but 1st time utk Haris n Hannah.time kitorg g nie..ader 1 bahagian nie tgh renovate..so dier tutup..maser kitorg g dulu bahagian yg tutup nie bahagian display kumbang..
Kitorg g hari kerja..so xramai sgt org..bwk bebudak memang excited...diorg happy kiter as a parent of course la happy...tgk diorg kan..hehe..
Klau g cnie better tgk schedule diorg..biler feeding time..feeding time tue best la..time tue semua ikan keluar la..besar ker kecik..utk this visit kitorg x tggu feeding time..kitorg smp awal..feeding time kul 1130 pagi..klau xslh..korg bley refer website Aquaria. Nie harga tiket dier. or korg boleh tgk kt cnie.







Nie antara gambar yg kitorg amik...kids enjoy it..there r so excited...lps habis tue..kitorg tapau ayam kampung Hassan dkt RnR Kesas..sbb diorg da exhausted kn..blk mkn kt rumah..






Thursday 20 November 2014

Cara merawat puting melecet @ crack nipple

Untuk merawat puting melecet ada bermacam-macam cara. Semua bergantung kepada kesesuaian kita.
1. Menggunakan 'nipple shield' semasa menyusukan bayi
sumber : google

2. Tempat yang luka disapu dengan krim.Krim-krim ini kebiasaannya tidak memberi kesan kepada bayi sekiranya bayi menyusu dan tidak perlu dibasuh sebelum bayi menyusu
sumber : google
 
Sumber google

        3.  Anda juga boleh memerah susu dan memberi bayi anda melalui botol
        4.  Anda juga boleh menyapu bahagian luka dengan susu anda dan biarkan ia kering        5. Sekiranya luka anda bernanah, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.


Punca puting melecet

Mesti ramai ibu2 yang mengalami puting melecet...especially 1st timer mother...coz me too..sakitnyer..pedihnyer..menitik air mata kan..tapi demi anak tercinta pejam mata jek la kan..menyusukan anak pertama saya mengalami crack nipple nie..tp Alhamdulillah anak kedua n anak ketiga saya da terer la skit..so tidak kena crack nipple nie..

Apa yang menyebabkan puting kita melecet???

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayi tentu pernah mengalami  kesakitan di bahagian puting payu dara ketika menyusukan si comel. Aduh, rasa seperti hendak berhenti menyusukan bayi jika mengalami masalah puting melecet dan luka.
Mengapa ada pula ibu yang tidak mengalami masalah ini? Apa kata anda mengetahui punca penyebab masalah puting melecet kerana ia boleh diatasi.
Biasanya ibu yang mengalami masalah puting melecet atau luka disebabkan oleh posisi bayi yang tidak betul ketika menyusukannya. Ia memang perkara biasa kerana sebagai ibu baharu tentu sahaja belum ada pengalaman menyusukan bayi.
Akibat posisi menyusu yang kurang tepat dan pelekapan mulut bayi yang salah pada puting payu dara ibu membuatkan bayi kurang selesa semasa menyusu. Ini menyebabkan bayi akan berusaha untuk mencari posisi yang tepat untuk menyusu dengan caranya menarik puting ibu. Keadaan ini yang membuatkan puting ibu berasa sakit, pedih dan melecet.
Jadi, kunci utama untuk mengelakkan masalah putting melecet daripada berlaku adalah memastikan posisi dan pelekapan semasa menyusu bayi adalah betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa.
Sebenarnya ketika menyusu, bayi sepatutnya bukan menghisap puting ibu tetapi cara menyusu yang betul adalah bayi menghisap seluruh areola ibu. Kebanyakan ibu baharu tidak mengetahui hal ini. Mereka membiarkan bayi menghisap puting kerana fikir ia cara yang betul. Ini mengakibatkan puting melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting.
Oleh itu  semasa hendak menyusukan bayi, anda membuka mulut bayi seluasnya dan pastikan mulutnya masuk keseluruhan aerola ibu. Ketika bayi menghisap aerola maka puting ibu terletak di antara langit-langit mulut bayi. Maka ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.
Posisi ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Jadi, masalah melecet pada puting dapat dielakkan jika ibu memahami bagaimana cara menyusukan dengan betul. Perhatikan keadaan pipi bayi semasa menyusu. Ia sebagai petunjuk bayi menyusu dengan betul. Jika pipi bayi menggelembung itu bererti bayi sudah dalam kedudukan menyusu dan pelekapan yang betul.
Oleh itu, pastikan posisi bayi melekap mulutnya ke aerola sudah betul kerana ia mengelakkan anda mengalami masalah puting melecet, pedih dan luka seterusnya memudahkan proses kejayaan penyusuan susu ibu.


Wednesday 19 November 2014

Tips kesihatan

Alfafa Complex Shaklee

Since Alfafa merupakan salah satu saya punya milkbooster…sebelum nie milkbooster saya Esp jek..saya amik alfafa untuk kesihatan dalaman n detoks..alih2 korang tau aper jd..sudah berbulan kot xpump susu..cumer direct feed jek..tetiber  selepas amik alfafa…saya kena pump susu..sebab almost nk bengkak tau…Alhamdulillah rezeki  my precious Hannah..So jom kiter mengenali Alfafa.. ;)))



Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Formula Shaklee Signature sejak dari tahun 1950an


Kekuatan Alfalfa Shaklee


  • Mencuci hati, darah dan usus - makanan yang sangat beralkali yang oleh mengembalikan badan yang berasid. Menghilangkan toksin, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan kidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesteros, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. 
  • Melawan tumor - 30-50 tablet dapat mengalkalikan badan dengan memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
  • Melegakan keletihan - dapat melegakan keletihan dan melawan pelbagai penyakit
  • Mencegah / merawat artitis - melegakan kesakitan pesakit

Fakta Penting Alfalfa Shaklee

-   Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi
-   Telah digunakan lebih dari 2500 tahun
-   Makanan paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian
-   Kebanyakn nutrisi dari dalam buah-buahan dan sayur-sayuran
-   Kaya dengan protin, adis amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia


Fakta Menarik

10 biji alfalfa = segelas susu
Mengandungi saponin seperti span yang bertindak seagai serat yang menyerap kolesterol

Cadangan Hidangan 

Kesihatan 


  • 2 kali sehari sehingga 10 biji
Pencucian usus, detoksifikasi, mencuci darah dan melawan kanser
  • 3-4 kali sehari sehingga 10 biji




Untuk keterangan lanjut hubungi saya :
FB : Nur Azlinawani Salahudin
SID : 906217
0126448381
wani.salahudin @ yahoo.com

Jaundis

Masa kini kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu bapa! Sila ambil perhatian. Hal ini tidak seharusnya menimbulkan kegusaran dihati anda. Perlua anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada tubuh.
Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi-bayi yang dilahirkan pramatang. Anda perlu faham bahawa biarpun bayi dilahirkan cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila si ibu tidak menyusukan bayinya dengan secukupnya.
Sehubungan itu, perlu anda fahami bahawa jaundis berlaku kerana disebabkan bahan dalam badannya yang dikenali bilirubin. Ia dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah. Bilirubin sepatutnya dikumuhkan oleh limfa tetapi limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat. Dalam masa yang sama, ada juga sebahagian kecil bilirubin dikeluarkan melalui usus.
Jaundis teridi daripada 2 jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selaunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran.
Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walaubagaimanapun, jaundis jenis ini, amat jarang sekali berlaku dinegara kita.
Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi anda, maka keadaan ini diandaikan sebagai normal ataupun jaundisnya sedikit.
Walaubagaimanapun, jika jaundis berlarutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Lazimnya, jaundis bermual daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada dibahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan dibahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mil/l. Sementara itu, doktor dihospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencata bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahun bahawa adalah bahaya jikak jaundis berada pada paras 340 mikromil/l @ 20mg/dl.

Nyenyak tidur petanda tidak baik
Ramai ibubapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.
Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu 8 hingga 12 kali sehari.

Penyebab lain jaundis
Ada banyak sebab lain untuk bayi baru lahir mengalami kuning. Antara penyebab lain berkenaan ialah :

  • Trauma dikepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep @ vakum
  • Jangkitan kuman didalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti rubella @ toxoplasma
  • Tidak serasi dengan darah ibu (coombs positive)
  • Masalah dalam enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon tiriod yang rendah (hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, dubin johnson)
  • Jaundice disebabkan susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Info
Jaundis lebih berisiko tinggi jika bayi dilahirkan pramatang @ ada faktor G6PD

Teknik kenal pasti jaundis pada bayi
Selaku ibubapa, anda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada dirumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.
Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.

  1. Tekan hidung 3 hingga 4 saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  3. Cara yang paling senang mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Jom baca pengalaman saya disini
Sumber : PA&MA