Thursday, 20 November 2014

Punca puting melecet

Mesti ramai ibu2 yang mengalami puting melecet...especially 1st timer mother...coz me too..sakitnyer..pedihnyer..menitik air mata kan..tapi demi anak tercinta pejam mata jek la kan..menyusukan anak pertama saya mengalami crack nipple nie..tp Alhamdulillah anak kedua n anak ketiga saya da terer la skit..so tidak kena crack nipple nie..

Apa yang menyebabkan puting kita melecet???

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayi tentu pernah mengalami  kesakitan di bahagian puting payu dara ketika menyusukan si comel. Aduh, rasa seperti hendak berhenti menyusukan bayi jika mengalami masalah puting melecet dan luka.
Mengapa ada pula ibu yang tidak mengalami masalah ini? Apa kata anda mengetahui punca penyebab masalah puting melecet kerana ia boleh diatasi.
Biasanya ibu yang mengalami masalah puting melecet atau luka disebabkan oleh posisi bayi yang tidak betul ketika menyusukannya. Ia memang perkara biasa kerana sebagai ibu baharu tentu sahaja belum ada pengalaman menyusukan bayi.
Akibat posisi menyusu yang kurang tepat dan pelekapan mulut bayi yang salah pada puting payu dara ibu membuatkan bayi kurang selesa semasa menyusu. Ini menyebabkan bayi akan berusaha untuk mencari posisi yang tepat untuk menyusu dengan caranya menarik puting ibu. Keadaan ini yang membuatkan puting ibu berasa sakit, pedih dan melecet.
Jadi, kunci utama untuk mengelakkan masalah putting melecet daripada berlaku adalah memastikan posisi dan pelekapan semasa menyusu bayi adalah betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa.
Sebenarnya ketika menyusu, bayi sepatutnya bukan menghisap puting ibu tetapi cara menyusu yang betul adalah bayi menghisap seluruh areola ibu. Kebanyakan ibu baharu tidak mengetahui hal ini. Mereka membiarkan bayi menghisap puting kerana fikir ia cara yang betul. Ini mengakibatkan puting melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting.
Oleh itu  semasa hendak menyusukan bayi, anda membuka mulut bayi seluasnya dan pastikan mulutnya masuk keseluruhan aerola ibu. Ketika bayi menghisap aerola maka puting ibu terletak di antara langit-langit mulut bayi. Maka ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.
Posisi ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Jadi, masalah melecet pada puting dapat dielakkan jika ibu memahami bagaimana cara menyusukan dengan betul. Perhatikan keadaan pipi bayi semasa menyusu. Ia sebagai petunjuk bayi menyusu dengan betul. Jika pipi bayi menggelembung itu bererti bayi sudah dalam kedudukan menyusu dan pelekapan yang betul.
Oleh itu, pastikan posisi bayi melekap mulutnya ke aerola sudah betul kerana ia mengelakkan anda mengalami masalah puting melecet, pedih dan luka seterusnya memudahkan proses kejayaan penyusuan susu ibu.


No comments:

Post a Comment