Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi-bayi yang dilahirkan pramatang. Anda perlu faham bahawa biarpun bayi dilahirkan cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila si ibu tidak menyusukan bayinya dengan secukupnya.
Sehubungan itu, perlu anda fahami bahawa jaundis berlaku kerana disebabkan bahan dalam badannya yang dikenali bilirubin. Ia dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah. Bilirubin sepatutnya dikumuhkan oleh limfa tetapi limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat. Dalam masa yang sama, ada juga sebahagian kecil bilirubin dikeluarkan melalui usus.
Jaundis teridi daripada 2 jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selaunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran.
Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walaubagaimanapun, jaundis jenis ini, amat jarang sekali berlaku dinegara kita.
Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi anda, maka keadaan ini diandaikan sebagai normal ataupun jaundisnya sedikit.
Walaubagaimanapun, jika jaundis berlarutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Lazimnya, jaundis bermual daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada dibahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan dibahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mil/l. Sementara itu, doktor dihospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencata bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahun bahawa adalah bahaya jikak jaundis berada pada paras 340 mikromil/l @ 20mg/dl.
Nyenyak tidur petanda tidak baik
Ramai ibubapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.
Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu 8 hingga 12 kali sehari.
Penyebab lain jaundis
Ada banyak sebab lain untuk bayi baru lahir mengalami kuning. Antara penyebab lain berkenaan ialah :
- Trauma dikepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep @ vakum
- Jangkitan kuman didalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti rubella @ toxoplasma
- Tidak serasi dengan darah ibu (coombs positive)
- Masalah dalam enzim darah merah (G6PD)
- Hormon tiriod yang rendah (hypothyroidism)
- Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, dubin johnson)
- Jaundice disebabkan susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Jaundis lebih berisiko tinggi jika bayi dilahirkan pramatang @ ada faktor G6PD
Teknik kenal pasti jaundis pada bayi
Selaku ibubapa, anda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada dirumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.
Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.
- Tekan hidung 3 hingga 4 saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
- Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
- Cara yang paling senang mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Sumber : PA&MA
No comments:
Post a Comment