- Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.
- Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (lgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang - mengelakkan jangkitan kuman dan alahan
- Kandungan susu ibu adalah 88% air! Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan !
- Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!
- Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
- Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
- Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6kali (selepas 1 minggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam.
- Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah - curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
- Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun)
- Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.
- Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
Hepi breastfeeding !!!
Sumber : Hebatnya susu ibu.
No comments:
Post a Comment