- Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti membina stok susu perahan, melatih pengasuh dan sebagainya.
- Pastikan terdapat simpanan perahan susu ibu yang mencukupi.
- Usahlah memberi tekanan kepada diri anda dan jangan lupa untuk beristirehat, walaupun sebentar.
- Amalkan pemakanan bernutrisi, seimbang dan banyakkan minum air.
- Bangun 30 minit lebih awal dan susui bayi walaupun dia masih separa tidur.
- Bersarapan pagi yang baik dan susui bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja. Amalan ini akan meredakan keresahan sebelum 'berpisah' dengan bayi.
- Untuk memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebelum anda mengambilnya. Ketika anda tiba di rumah, payudara mungkin penuh dan anda mungkin ingin menyusui bayi anda dengan segera.
- Susui bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah.TIPS : Urus diri anda dahulu, tukar daripada pakaian pejabat, mandi, makan sebelum menyusui bayi, kerana mungkin bayi ingin bersama anda dalam tempoh waktu yang agak lama.
- Dalam beberapa minggu pertama bekerja, anda mungkin perlu memerah dengan kerap. Setelah beberapa hari, payudara anda akan menyesuaikan dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih selesa. Anda mungkin hanya perlu memerah dua kali ketika bekerja. (10 pagi dan 2 petang @ ketika waktu makan tengahari)
- Janganlah tidak memerah susu selama lebih daripada 3-4 jam. Ini akan mengakibatkan bengkak susu. Urut payudara perlahan sambil mengepan agar anda berasa lebih selesa.
- Sekiranya payudara anda mengalami 'kebocoran' (susu menitis dengan sendiri) secara tiba-tiba, beri tekanan pada puting anda menggunakan tapak tangan selama seminit. Melipat lengan anda di payudara turut membantu menghentikan kebocoran.
- Gunakan pelapik coli di dalam coli untuk menyerap air susu dan melindungi pakaian anda, jika berlaku 'kebocoran'. Namun berhati-hatilah penggunaannya kerana adakalanya boleh mnyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan keadaan puting luka, melecet atau yang terkena kuman akan menjadi lebih teruk. Penggunaan jangka masa panjang adalah tidak disyorkan.
- Pastikan payudara dikosongkan dengan efektif setiap sesi memerah atau penyusuan bagi memastikan penghasilan susu yang optima. Pengosongan payudara yang efektif memberikan signal "permintaan" yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Fakta: di dalam susu ibu terdapat sejenis whey protien FIL (Feedback Inhibitor for Lactation) yang mana akan menghantar signal negatif kepada otak sekiranya payudara dibiarkan penuh.
- Penghasilan susu bergantung kepada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
- Kalau boleh elakkan pemberian susu perahan dengan menggunakan botol kerana ini boleh menjejaskan penyusuan bayi. Cara bayi menghisap dari botol dan dari payudara sangat berbeza.
- Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor @ perunding laktasi.
Sumber : Hebatnya Susu Ibu - Rita Rahayu Omar.
No comments:
Post a Comment