Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000 km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.
3 jenis nutrien yang dapat melindungi jantung anda supaya kekal sihat
1. Koenzim Q10 (COQ10)
- memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda
- memastikan jantung berfungsi secara optimum
- terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat.
- mempunyai kuasa antioksida, dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol dan dapat membantu mengekalkan saluran darah kekal sihat
* Tubuh kita mampu mengeluarkan COQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat.Jadi pengambilan supplemen COQ10 yang mencukupi dapat mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.
2. Tumbuhan Polifenol
- merupakan sebatian tumbuhan yang mempnyai khasiat antioksida yang tertinggi terhadap kesan penuaan sel
- kajian menyarankan pengambilan diet dalam polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative)
- salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, terbukti ia melambatkan proses penuaan di peringkat sel
- tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins,anthocryanins dan proanthocyanidins
- polifenol banyak terdapat didalam polygonum, cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropahdan lobak ungu.
3. Asid Lemak Omega -3
- 2 asid lemak omega-3 yang paling baik ialah Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA)
- dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan.
- membantu dalam pengawalan degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik
* Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya dari makanan tambahan @ supplemen
Sumber : Shaklee Today
Untuk keterangan lanjut hubungi saya :
FB : Nur Azlinawani Salahudin
SID : 906217
0126448381
wani.salahudin @ yahoo.com
No comments:
Post a Comment