Thursday, 10 April 2014

IBU MENYUSU BOLEH atau tidak?

Seperti ibu hamil, ibu menyusu juga berdepan banyak persoalan boleh @ tidak? Antaranya ada yang berkata makanan pedas tidak elok untuk ibu menyusu dan ada yang berkata sebaliknya. Mana satu yang betul. Bukan saja tentang makanan pedas tapi juga minuman, ubat serta rawatan yang sebenarnya boleh dilakukan oleh ibu menyusu tanpa ragu-ragu

Boleh makan pedas?
Boleh. Tidak ada lagi bukti ilmiah jika ibu yang sedang menyusu mengambil hidangan pedas, maka susu yang dihasilkan juga terasa pedas. Kesan makanan pedas yang dimakan ibu menyusu akan dialami dirinya sendiri dan tidak dialami oleh bayinya.
  Bila bayi yang disusui menderita cirit-birit, ia bukan kerana rasa pedas pada susu ibu tetapi akibat penyakit yang menyerang salur pencernaannya @ akibat alahan. Jika ada saranan agar ibu menyusu tidak mengambil makanan pedas, ia bagi mengelakkan ibu diserang cirit-birit. Kekurangan cecair dalam tubuh akibat cirit-birit akan menyebabkan penghasilan susu ibu menurun.

Boleh makan durian?
Boleh. Durian yang diketahui menimbulkan rasa panas dalam tubuh, setakat ini tidak pernab dilaporkan menyebabkan gangguan @ masalah kesihatan pada bayi yang ibunya menikmati buah tersebut. Seorang orang mempunyai metabolisma tubuh yang unik, yang berbeza antara anda dengan ibu menyusu yang lain. Begitu juga bayi anda. Tentu sahaja, kuncinya adalah selagi durian yang diambil ibu menyusu itu tidak berlebihan.

Boleh minum kopi  n air berkarbonat?
Boleh. Ibu menyusu boleh minum secawan kopi setiap hari kerana tidak ditemui kandungan lafeon didalam susu ibu. Namun jangan melebihi dari 6 cawan sehari kerana akan menyebabkan iritasi pada saluran pencernaan bayi yang akan membuatkan bayi terjaga dan meragam. Sedangkan untuk minuman berkarbonat kesannya akan meningkatkan kadar gula darah ibu. Oleh itu, hadkan pengambilan minuman berkarbonat selama menyusukan bayi.

Boleh mewarnai rambut?
Boleh. Organization of Teratology Information Services pernah melakukan kajian terhadap sebatian kimia yang terkandung didalam cecair amnion untuk mewarnai rambut dan susu ibu. Ternyata kadarnya sangat kecil dan tidak cukup kuat untuk menyebabkan gangguan perkembangan pada janin mahupun bayi yang menyusu.

Boleh menggunakan produk rawatan kulit?
Boleh. Tidak terdapat larangan bagi ibu menyusu untuk menggunakan produk rawatan kulit selagi produk tersebut bukanlah produk pemutihan kulit yang mengandungi kimia hidrokuinon. Walaupun bahan kimia tersebut tidak masuk ke dalam aliran darah mahupun susu tetapi ia boleh menyebabkan alahan pada ibu yang mungkin diwariskan kepada bayi. Reaksi alahan pada bayi boleh berlaku seperti sukar bernafas dan bengkak pada wajah, lidah, bibir @ tekak. Sebaiknya, dapatkan rundingan doktor untuk memilih produk yang sesuai. Lihat kandungan yang ada pada setiap produk.

Boleh mengambil ubat?
Boleh. Apabila anda sedang menjalani terapi pengubatan, selalu maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan bayi. Jangan ragu-ragu untuk bertanyakan kandungan ubatan. Perhatikan  juga beberapa perkara seperti tempoh masa pengambilan dan sifat larut bagi mengetahui sama ada ia mempengaruhi susu ibu @ sebaliknya. Disarankan bagi ibu menyusu untuk mengambil ubat-ubatan jangka pendek. Sebaiknya tanya ambil ubat apabila benar-benar diperlukan dan pilih jenis ubat yang paling kecil risikonya untuk masuk ke dalam susu ibu.

Sumber : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment