Wednesday, 9 July 2014

8 CARA BAYI LUAHKAN RASA



Bayi baru lahir cuma boleh menangis? Tidak juga. Bagi menyampaikan keinginannya, bayi mempunyai pelbagai cara. Oleh itu, cuba perhatikan pelbagai tanda dibawah ini pada bayi anda, baik ketika dia menangis ataupun tidak.

1. Mata yang menatap anda - Itu menunjukkan dia berusaha mengenali individu yang ada berhampirannya. Tataplah kembali matanya sambil tersenyum agar dia sentiasa berasa senang dengan anda.

2. Tersenyum - Jika dia tersenyum dalam tidur, itu tanda dia merasa begitu selesa. Biarkan dia tidur dengan nyenyak.

3. Mengeluarkan bunyi merengus - Ia menunjukkan bayi inginkan perhatian anda @ mahu bermain. Hampirinya dan tatap matanya. Ajak dia bermain.

4. Wajah seperti merengus -  Kemungkina  bayi merasa tidak selesa. Periksa lampin, kedudukan tubuh @ tempat tidurnya. Lihat sama ada kemungkinan bayi tidak sihat.

5. Menangis dengan kaki bengkok - Sering kali terjadi jika ada serangan kolik. Buatla dia berasa selesa dengan mendukungnya agar bayi tenang. Menyusu juga boleh membuatkan bayi lebih tenang.

6. Kaki menendang - Mungkin bayi merasa bosan atau tidak selesa. Boleh jadi juga kerana dia mahu didukung. Periksa lampin dan jika ia kering, anda boleh mendukungnya atau membawanya berjalan-jalan.

7. Mulut terbuka dan tertutup berulang kali - Bayi anda mungkin lapar. Jika bayi anda baru sahaj menyusu, mungkin dia masih mahu didakap. Dukung dan belailah bayi anda.

8. Menguap - Bayi mungkin sangat mengantuk. Dodoikan bayi sehingga dia merasa mengantuk dan tidurkannya.

Setiap bayi mempunyai gaya tersendiri. Lazimnya setelah beberapa hari bersamanya, anda akan dapat mengenali gaya khasnya.

Sumber : Mingguan Wanita


No comments:

Post a Comment